Kaedah Memohon Al-Imam Muhammad Ibnu Saud Islamic University,Riyadh,Saudi Arabia

, , 105 Comments


Pengenalan:

Al- Imam Muhammad Bin Saud Islamic University merupakan salah satu di antara universiti yang termasyur dan terbaik di Negara Arab Saudi.Universiti ini diasaskan pada tahun pada tahun 1974.Pada tahun 1982, Raja Arab Saudi King Fahd Bin Abdul Aziz telah meletakkan batu asas untuk pembinaan kampus baru yang terletak berhampiran Bandar Riyadh, ibu negara Arab Saudi.Majlis perasmian secara rasmi telah diadakan pada tahun 1990 setelah tamat pembinaan keseluruhannya.

Al-Imam Muhammad bin Saud Islamic University (Imam U) merupakan salah satu universiti yang mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Malaysia (JPA&LAN;). Imam U merupakan universiti di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Kerajaan Arab Saudi.

*untuk keterangan lanjut mengenai pengiktirafan, sila layari JPA
*untuk keterangan lanjut mengenai pengajian di Imam Muhammad Bin Saud Islamic University,Sila Layari Imam U.

Bidang Pengkhususan

Pada peringkat pertama untuk pelajar asing atau tajaan Kementerian Pendidikan Arab Saudi yang layak menyambung pelajaran di sini, mereka diwajibkan untuk belajar bahasa arab di Matrik Bahasa Arab selama 2 tahun atau setahun mengikut tahap penguasaan bahasa arab.Sekiranya berjaya menghabiskan semua level yang telah ditetapkan oleh pihak universiti, para pelajar diwajibkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Bahasa Arab sebelum layak memasuki kuliah yang ditawarkan.

Kebiasaannya,tempoh selama 3 tahun perlu ditamatkan untuk pengajian bahasa arab dan asas-asas ilmu agama sebelum melangkah kaki ke kuliah.

Di antara Kuliah-kuliah ( Ijazah Sarjana Muda) yang ditawarkan untuk pelajar selain pelajar arab saudi ialah:

1.Kuliah Syariah Islamiah.

2.Kuliah Usuluddin.

3.Kuliah Dakwah wal I’lam.

4.Kuliah Bahasa Arab.

5.Diploma Bahasa Arab.

6.Kuliah Ekonomi.

Syarat-syarat permohonan

1-Permohonan boleh dibuat menggunakan sijil SPM yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa arab dan mendapat cop kelulusan di kedutaan Arab Saudi Malaysia dan Wisma Putra.
2-Dua salinan berwarna pasport antarabangsa dan terjemahan surat beranak ke dalam bahasa arab dan telah di cop oleh kedutaan Arab Saudi dan Wisma Putra.
3-Dua salinana Tazkiah (surat sokongan) dari garaduan mana-mana universiti Arab Saudi.
4-Dua salinan surat kelakuan baik (Husnu Sirah Suluk) dari pihak sekolah atau mana-mana pertubuhan yang berkaitan dengan Kerajaan Arab Saudi.
5-Empat keping gambar terkini berukuran passport.
6-Satu Salinan Medical Check Up.
7-Satu salinan surat sokongan daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di Putrajaya.
* Segala permohonan boleh dihantarkan kepada persatuan pelajar atau kedutaan Arab Saudi di Malaysia.
* Pengambilan pelajar hanya dilakukan sekitar bulan Jun atau Januari sahaja berdasarkan semester baru pengajian.
* Bagi pelajar yang layak mendapat tempat untuk belajar di sini, maklumat akan disalurkan melalui kedutaan Arab Saudi di Malaysia.

Taklimat Umum Pengajian

1- Setiap pelajar yang layak belajar di Al-Imam Muhammad bin Saud Islamic Universiti akan mendapat tajaan penuh oleh Kerajaan Arab Saudi termasuk tiket pulang ke kampung halaman setahun sekali,umrah,haji dan sebagainya.
2- Para penuntut perlu menghabiskan Matrik Bahasa Arab dan Diploma Bahasa Arab selama 2@3 tahun berdasarkan penguasaan bahasa arab dan diwajibkan mendapat keputusan Jayyid Jiddan ( B+ )Matrik Bahasa Arab sebelum melangkah ke kuliah yang ditawarkan.
3- Tempoh pengajian di kuliah selama 4 tahun ( 8 semester berturut-turut ).
4- Segala penginapan telah disediakan untuk pelajar oleh pihak universiti.

Setakat ini sahaja maklumat ringkas yang sempat saya kumpulkan.Insyaallah segala maklumat baru akan dikemaskini dalam masa terdekat. :)

 

                                                                                     Pemandangan Universiti

 

 

Visited 29127

 

105 Responses

  1. SITI NURFIZA BINTI ABDUL ALAHDAD

    07/12/2011, 09:22 am

    Salam… Saya Nak tahu.. bp result yang diperlukan untk SPM… Kini .. adik lelaki saya akan menduduki STAM… Walaubagaimapun dia tidak berkeyakinan untuk dapt JAYYID dalam STAM . Namun , cita-citanya adalah untuk melanjutkan pengajian ke timur tengah. TQ

    Reply
    • Milo Ais©

      07/25/2011, 05:36 am

      Wasalam…paling kurang spm jgn ade yang gagal dalam salah satu subjek yng diambik….kalau bleh result kena cantiklah cikit…baru senang dia nk blajar di alam university nanti….

      Reply
  2. Syed Khairi

    08/21/2011, 03:38 am

    Salam ya sheikh!
    Kalau ana nak apply, kepada siapa surat-surat tu kena hantar? Boleh tak bagitau ade sape2 dok hok boleh handle kan bende nih? Memang minat sangat nk blajo kat arab. :)

    Reply
    • Milo Ais©

      08/23/2011, 06:46 am

      wasalam ya syeikhul masyayikh…
      bleh sahaja dihntarkan kpda student yg sdg brcuti skrg…

      Reply
  3. Raja Atiq

    08/26/2011, 05:21 pm

    salam…
    ana ingin tanya satu perkara.iaitu berkenaan kemasukan pelajar ke universiti imam ibnu saud bg sesi 2011/2012..bile keluar senarai nama pelajar?
    syukran kathir….

    Reply
  4. hazwan

    09/04/2011, 03:52 pm

    Assalamualaikum ya sheikh, klau apply universiti islam madinah gna STAM mrk terima pangkat apa? dan bgaimana cara utk apply, adakah sama seperti nk apply university yg akhi sbutkan di atas?

    Reply
  5. bukharie

    09/08/2011, 10:26 am

    Salam,
    ada tak pelajar malaysia nak mohon untuk tahun depan
    boleh buat sama-sama

    kebiasaanya surat tazkiah diminta daripada siapa ya?

    Reply
  6. mahathir

    09/30/2011, 02:10 pm

    aslmkum wrh..”"Dua salinan surat kelakuan baik (Husnu Sirah Suluk) dari pihak sekolah atau mana-mana pertubuhan yang berkaitan dengan Kerajaan Arab Saudi.”"… kt mana nk mudah dapat ini?..

    Reply
  7. farah diana

    10/07/2011, 04:15 pm

    slm..
    sy dari sabah.
    bila boleh hantar permohonan ke imammu ni.
    sy cuba kol unit hal ehwal berkaitan,tp xde respon.
    harap bole bg maklumatsemasa terperinci ke emel sy.
    terima kasih.
    wslm

    Reply
    • Mohamad Azhar™

      11/19/2011, 02:53 pm

      wasalam…sya dah tnye pihak pegambilan baru ni..dia kata x ambik selain dri lepasan sini shja….

      Reply
  8. zikri

    12/19/2011, 07:44 pm

    salam,

    saya nak tanya, jika sudah memohon melalui web imam muhammad saud, adakah ada juga temuduga/muqabalah spt yang dilakukan oleh pihak UIM?

    Reply
  9. zikri

    01/02/2012, 03:07 pm

    salam mohamad azhar, kef halak?

    nama ana zikri.

    nak tanya, adakah pihak imam U ada menyediakan permohonan secara online?

    kami tidak mempunyai contact pelajar imam U yang sedang bercuti, atau adakah enta berada di malaysia sekarang?

    Reply
    • Mohamad Azhar™

      01/02/2012, 03:15 pm

      Wasalam…imam u masih manual…sy masih ade disini..Insyaallah mgu depan ade student yg pulang bercuti…saudara bleh minta diorang tolong hantarkan permohonan saudara dripada mereka…

      Reply
  10. Ruslan Kamarudin

    04/18/2012, 05:41 am

    Salam.. saya dari sabah …ada sesiapa boleh bantu saya nak dapatkan borang..universiti sebab anak saya ingin berminat ke timur tengah…

    Reply
  11. Ruslan Kamarudin

    04/19/2012, 01:32 pm

    pilihan utama arab saudi..blh beri penerangan ttg pengurusan surat sokongan dari kementerian prngajian tinggi, putra jaya kerana saya berada di sabah. mcmane mau dapstkan borang permohonan ke imam u.

    Reply
    • Mohamad Azhar™

      04/19/2012, 11:46 pm

      ohh…surat skongan kene wat kat JPT..dkumen sperti photostat ic,sjil spm,srt branak diperlukan…kalau dah siap bleh jer poskan kat saya di malysia..hjg bln depan blik cuti…..

      Reply
  12. Nik

    04/20/2012, 08:17 pm

    dah tengok..tapi camne nak apply? lg satu mmg jadi syarat wajib ke student perempuan kena kawin dulu @ hanya perlu ada mahram saja di sana?

    Reply
  13. Ruslan Kamarudin

    05/07/2012, 02:02 pm

    Assalamualaikum ustaz..saya tgh prepare dokumen anak saya..bln ni saya ke kl bhg terjemahan..macamana mau submit dokumen permohonan ke ustaz. blh kasi alamat dan no tel.. skrg anak tgh ikuti STAM..TERIMA KASIH.

    Reply
  14. Ruslan Kamarudin

    05/15/2012, 05:50 am

    ustaz..saya tengah ke kedutaan arab saudi minta cop kelulusan…lepastu ke wisma putra untuk mintak cop kelulusan apa tuan? agak keliru sedikit.

    Reply
  15. muhaimin

    05/16/2012, 10:20 am

    salam..ingin brtnya..bleh x kita mohon Universiti Islam Madinah dan Universiti Imam Muhammad serentak dlm thn yg sma ???? apa rfleksi Arab Saudi..??

    Reply
  16. Ruslan Kamarudin

    05/22/2012, 02:47 pm

    Alhamdulillah..semua pengesahan dokumen sudah selesai. Cuma mohon surat sokongan dari ustaz..harap tidak keberatan. Harap juga dapat sertakan alamat untuk saya serahkan borang permohonan kepada ustaz ye. Terima kasih.

    Reply
  17. Ruslan Kamarudin

    05/28/2012, 04:51 pm

    Assalamualaikum ustaz..saya masih belum ada borang permohonan imam u tapi semua dokumen dah ada untuk dipos kepada ustaz nanti…camne ye..

    Reply
  18. omar

    06/14/2012, 10:31 am

    Assamualaikum Ustaz..
    saya berminat nak sambung belajar kat Imam U, tapi saya tak ambil bahasa arab time SPM.
    Boleh apply jugak ke ustaz?

    Reply
    • Mohamad Azhar™

      06/21/2012, 01:36 am

      wasalam…xde masalah…b.arab bukan syarat utama nak masuk imam u cz stiap plajar yg diterima akan masuk institut b.arab sblum mlngkah ke u…..apply jer..insyaallah ade rezki anda akan diterima..

      Reply
  19. Abid

    06/20/2012, 06:36 pm

    Akm wbt,
    Saaya memegang master syariah UM, boleh ke sambung PhD di Univ Imam, apa syarat2nya, afiiduna ma’jurin, wassalam.

    Reply
  20. Mohammad Irfan

    07/06/2012, 06:47 am

    Assalamualaikum, ustz;

    saya pelajar lepasan sekolah agama dan lepasan matrikulasi kpm. jd, Imam U terima x sijil matrikulasi? adakah Imam U tengok result SPM je?

    Reply
  21. Mohammad Irfan

    07/06/2012, 06:51 am


    Mohammad Irfan:

    Assalamualaikum, ustz;
    Nama saya Irfan dari Kelantan dan saya berminat untuk mohon Imam U ni tp saya dah ld lepasan matrikulasi kpm tahun. jd, Imam U terima x sijil matrikulasi? adakah Imam U tengok result SPM je?

    Reply
  22. Mohammad Irfan

    07/10/2012, 04:55 am

    Assalamualaikum ustaz,,

    saya betul2 berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Arab Saudi tapi saya xtahu macam mana caranya..ni no sy, 0199044578..saya mengharap sangat2 ustaz boleh membantu saya untuk melanjutkan pelajaran ke sana..

    Reply
  23. izzati

    07/19/2012, 02:53 pm

    salam ustaz, saya teringin belajar di arab saudi (kalau boleh area jeddah) jurusan pengurusan ini kerana saya mempunyai diploma sumber manusia. boleh tak ustaz bagi uni kt sana yg ada jurusan tersebut dan menerima student wanita. dan apa syarat2 bg student wanita yg ingin sambung belajar di sana.

    Reply
  24. muntaha

    07/29/2012, 06:40 pm

    salam alaik……blh tau smpt lg ke utk mohon ke uni2 arab saudi tahun ni….. blh x klau semua dokumen dibuat pd tahun ni, tp permohonan dilakukan pd tahun dpn bg sesi 2013/2014

    Reply
  25. adli

    08/04/2012, 06:00 pm

    Assalamualaikum wbt

    Ana nk gi belajar diploma bahasa arab sahaja @ bahasa arab 6 bulan sahaja.. boleh ker? dan macamana cara nk mohon..

    Reply
  26. fathi rozaki

    08/22/2012, 05:06 pm

    assalamualaikum ustaz.

    sy bru sudah hbis diploma elektrikal. tp sy teringin blaja di madinah. sblom masuk ipt sy pernah khatam mghafal al-Quran. umur sy 22 taun.

    Reply
  27. amir

    08/25/2012, 04:17 pm

    salam abng saya teringin sangt nak belajr kat madinah..
    boleh tak saya tahu mcam mane nak dapatkan surat sokongan dpd KPT
    dan boleh tak kalau saya dapatkan surat kelakuan tu dpd bekas tmpt saya beljar dulu..??

    Reply
  28. Imranalkhalis

    08/25/2012, 04:46 pm

    Assalamualaikum Tuan. Saya lepasan diploma JAKIM, kemudian sekarang ni saya sedang melanjutkan pelajaran di KUIS. Saya pernah beberapa kali memohon di UIM secara manual dan tahun lepas baru mohon dengan online. Sekarang nak mohon di al-Imam pula. Untuk pengathuan tuan juga, saya berumur 24 tahun. Macam mana tu ye?

    Reply
  29. muhamad razin ramli

    08/28/2012, 06:15 pm

    salam..univ king saud dgn imam muhamad ibn saud ni sama ke?mcm mana nk apply king saud?

    Reply
  30. afiq

    09/01/2012, 08:24 am

    assalamualaikum syeikh… ana dh tngok dekat borang permohonan ssln kpt 2012… syarat minimum terbaru utk apply ssln tahun ini adalah mesti ada sijil spm dan stpm/stam…. kalau yg hanya ada spm macam mana?? ada pelajar madinah bernama danial kata ssln kpt ni ada xpa..x ada pun x pa…mohon penjelasan…tk

    Reply
  31. faez fakrullah

    10/17/2012, 12:33 pm

    assalamualaikum ustaz,
    sy sedang amik diploma dlm business but sy teringin nak belajar kat imam u nie lah..
    sy tak tahu satue pon bahasa arab, nk mohon tue kne tahu bhase arab ke macam mna ustaz?? then diploma bhse arab tue amik kat mne ?? amik kat malaysia ke amik kat sana nnty?? hope ustaz boley tolong..

    Reply
      • faez fakrullah

        11/07/2012, 07:32 am

        @Mohamad Azhar™: Assalamualaikum ustaz.. walaupon sy tak tahu satu pon bahasa arab boley ke sy mntak?? bhse arab bljar kat sane ke ustaz?? then sy nk mohon untuk masuk 2014.. lepas saya habis diploma.. boley ke mohon dr sekarang??

        Reply
  32. insan fakir

    11/02/2012, 05:02 am

    salam,saya ada dgr cerita,ada sesi kemasukn pljr baru kat univrsitit islam riyyad pd buln dua 2013 utk sesi 2013/2014,kalau btul maklumat y saya dpt ni,blh tahu bila snarai nama akn kluar?

    Reply
  33. insan fakir

    11/10/2012, 10:47 pm

    Salam,sy tak jumpa snarai nama pljr bru utk sesi 2013/2014 utk riyad,yang ada utk sesi 2012/2013,mgkin saudara slh fhm msg sy..kalu btl dah ada utk sesi 2013/2014 tlg srtakn linknya..

    Reply
  34. mujahid islam

    11/11/2012, 04:12 pm

    Assalamualaikum… ustaz, STAM imam university dia tak tengok kan? klau spm ana plak hnya aliran biasa bkn arab dan spm ana 7 madah sja tapi lulus la..hehe.. mohon penjelasan ustaz berkaitan spm yg tiada aliran arab ni..

    Reply
  35. sham

    11/15/2012, 07:04 am

    salam boleh saya dapatkan email dan no contact ustaz ??saya dari universiti malaya cadang nak buat lawatan ke U imam saud tapi bila tengok lawan web diorang takda pula personal contact untuk berurusan..ustaz ada cadangan tak dengan siapa disana yang boleh saya berurusan ni email sy skyshark_01@yahoo.com dan ni no contact sya 0132026743 (sham)…
    syukran..

    Reply
  36. Hakim Rayyan

    11/15/2012, 08:39 pm

    salam alaik… akhi ana lepasan stam… spm ana hanya 8 madah bkn arab..
    soalannya bolehkah menggunakan(SPM) untuk mohon belajar tanpa ada madah arab?
    soalan seterusnya, di mana boleh ana dapatkan borang Univ tersebut? mohon segera jawapan akhi..syukran

    Reply
  37. Saifudin

    11/21/2012, 07:22 am

    Salam ust mohamad azhar.saya amt berminat utk mlnjutkn plajrn ke u mdinah yg ddiami ust.saya bru lps exm stam mgkin akn kluar rsult bln 1 atau 2..bila saya perlu mgisi borg scra online?skrg ust di mna?adakah saya perlu terjemah sjil skrg sblm buat2 apa2 pmohonan?

    Reply
  38. amirul amri

    01/01/2013, 03:24 pm

    Salam Ustaz.. Nk tnya, klu mcm thun lpas kan kerajaan arab saudi ambl ramai ckit (11 orang), yg pada kebiasaanya (2 orang shj) student dr malaysia kn..?

    Tp agak2 nya mcm man plak untk thun yg akn datang ..?

    Soalan kedua, student perempuan blh apply jgk ker ,,..

    Reply
  39. nur

    02/24/2013, 07:24 pm

    assalamualaikum ustaz azhar…
    university apakh y ada d arab saudi y menawarkn peluang pengajian utk pljr akhwat dr malaysia..?setakat ni ada x..?kerana sy d fahamkn d universiti islam madinah pon pengambilan terhad pd pljr lelaki shj…

    Reply
  40. abdullah

    03/10/2013, 04:16 am

    salam ustaz.. ana dah umur 27 tahun… ada x mana2 universiti di arab saudi yang menerima pelajar lebih 25 tahun untuk buat kursus atau diploma atau ijazah bahasa arab…

    Reply
  41. عبد الشكور جفري

    03/10/2013, 07:59 am

    assalamualaikum..ni sy nak tanya..tahun ni saya spm.. bila saya boleh isi borng on9 tuk daftar ke u ni ??
    mohon keterangan..
    terima kasih.. :D

    Reply

Leave a Reply

(*) Required, Your email will not be published

CommentLuv badge