Lailatul Qadar Lebih Baik Dari 1000 Bulan

, , 2 Comments

Assalamualaikum…

Bulan Ramadhan sudah hampir meninggalkan kita.Hanya beberapa hari lagi perpisahan dengan bulan yang penuh kemulian,pengampunan,ganjaran pahala dan bulan ibadat akan beransur-ansur menuju ke penghujungnya.

Rahsia di sebalik bulan Ramadhan terletak pada 10 terakhir yang padanya terdapat satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan.Bagi hamba-hamba Allah yang dahagakan pahala dan bonus yang cukup besar ini,mereka akan menyibukkan diri dengan pelbagai ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Telah diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh melakukan ibadat apabila bermulanya 10 malam terakhir,menghidupkan malamnya dengan ibadah dan Baginda s.a.w membangunkan ahli keluarganya untuk sama-sama beribadah…(Muttafaqun a’laihi)

Begitu juga dalam riwayat Imam Muslim : Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh melakukan ibadah lebih dari bulan yang lain pada 10 terakhir…

Kebesaran malam lailatul qadar terbukti berdasarkan dua hadis di atas.Oleh itu,kita hendaklah berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan amalam kita semaksimum yang mungkin pada 10 terakhir.

Amalan-amalan 10 malam terkahir

1- Qiamullail sepanjang 10 malam terakhir walaupun sekejap.
2-Membaca al-quran,zikir dan amalan-amalan ibadah yang lain.
3-Mengejutkan ahli keluarga untuk sama-sama melakukan ibadah.
4-Bersungguh-sungguh melakukan ibadah pada malam-malam tersebut walaupun sedikit.
5-Iktikaf di dalam masjid walaupun sekejap.

Inilah ringkasan amalan-amalan yang patut kita lakukan pada 10 terakhir bulan ramadan.Insyaallah,sesiapa yang berusaha pasti akan menjadi tetamu lailatul qadar.1 malam lebih baik dari 1000 bulan sepertimana firman Allah Ta’ala:

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

(Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.) Surah Al-Qadr :3

1 malam lailatul qadar juga bersamaan dengan 43 tahun 4 bulan…Alangkah hebatnya malam laillatull qadar…..
Bonus untuk umat Muhammad S.a.w………
Jangan lepaskan peluang keemasan ini…
Anda mampu melakukannya dan menjadi tetamu pada malam yang lebih baik dari 1000 bulan….

Visited 1944

 

2 Responses

  1. Raja Atiq

    08/29/2011, 04:26 am

    assalamualaikum,ustaz…
    ana dr pelajar institut quran trg..
    nk tnya ustaz,tntang pengambilan bg pelajar unversiti imam ibnu saud pada bulan berapa? sbb ana tgh menunggu,keputusan..jd agak2nya,ble akn keluar senarai nama pelajar yang terpilih..?
    syukran ustaz…

    Reply

Leave a Reply

(*) Required, Your email will not be published

CommentLuv badge