Sebat Di Aceh

Hukuman Sebat Kerana Kencing Di Masjid Nabawi

0

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera…

Madinah-Satu hukuman sebat telah dilaksanakan terhadap seorang lelaki warganegara Iran kerana telah sabit kesalahannya membuang air kecil (kencing) di dalam Masjid Nabawi.Perbuatan biadap lelaki Iran tersebut telah dikesan oleh beberapa orang pegawai polis yang berada sekitar Masjid Nabawi.Hukuman telah dijalankan berhampiran Masjid Nabawi dan disaksikan oleh orang ramai yang berada di sekitar Masjid.

Lelaki tersebut juga akan dikenakan hukuman penjara selama 1 tahun setengah dan sebanyak 50 sebatan  yang akan diulangi sebanyak 3 kali dikenakan kepada lelaki Syiah tersebut sebagai satu pengajaran dan denda kerana perbuatan biadapnya yang telah mencemari kehormatan Masjid Nabawi.Hukuman sebat merupakan salah satu dari cabang hukum Islam iaitu Ta’zir selain daripada Hudud dan Qisas.

Jom saksikan pelaksanaan hukuman sebat cara Islam dan hukuman sebat cara Malaysia.Saksikan perbezaan di antara kedua-duanya.

Sebat Di Masjid Nabawi,Madinah.

 

Sebat Versi Malaysia

 

Beginilah perbezaan yang dapat anda saksikan antara Ta’zir mengikut Islam dan Sebat versi Malaysia.Jauh perbezaanya.

Hukuman ini telah dilaksanakan sekitar tahun 2010……

 

 

 

 

Visited 414
Harimau Malaya Vs Dhob

Superman Pun Makan Dhob,Anda Bila Lagi?

6

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera…

Riyadh,Saudi Arabia-Dhob sejenis reptilia yang mudah didapati di bebrapa kawasan padang pasir sekitar Arab Saudi merupakan salah satu hidangan yang masyhur dan paling hangat memandangkan musim panas telah tiba.Dhob atau lebih dikenali dengan panggilan biawak padang pasir cukup popular di Malaysia dikalangan pengamal perubatan tradisonal kerana pelbagai andaian dan fantasi yang kadang kala tidak masuk akal.

 

Memandangkan musim panas telah bermula,Dhob begitu mudah didapati di bebarapa kawasan padang pasir dan juga di Pet Shop sekitar bandar Riyadh dengan harga yang berpatutan.Hidangan Dhob Mandi atau bakar ala-ala BBQ merupakan menu utama bagi peminat Dhob di sini.Boleh dikatakan,Dhob bagaikan pisang goreng yang sentiasa habis jualannya dan mendapat permintaan yang tinggi kerana kelazatan dan khasiatnya yang luar biasa.

 

Tom Yam Dhob Special…

 

Aku juga tidak ketinggalan untuk merasai penangan Dhob dan terbukti dagingnya lazat sama seperti arnab.Sup dan Tom Yam Dhob merupakan menu pilihan di hujung minggu.Malas aku nak panjang-panjangkan cerita memandangkan mata dah mengantuk.Jom layan gambar yang sempat aku ambik masa sembelih Dhob beberapa hari yang lepas…

 

 

Visited 5666
Go to Top